Ahad, 6 Februari 2011

1.3.5 Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian

  Terdapat 3 langkah utama dalam penghasilan projek kayu iaitu : 

·         Mengukur, menanda dan memotong - setiap pelajar hendaklah memahami teknik mengukur, menanda dan memotong bahan. Tugas guru adalah memastikan pelajar menggunakan alatan yang sesuai dengan betul. Pelajar melakukan kerja mengukur dengan tepat berpandukan lukisan kerja. Seterusnya, pelajar akan melakukan proses menanda pada bahagian yang hendak dipotong, digerudi atau bahagian yang hendak dibuat tanggam. Berikut adalah langkah – langkah yang akan diambil oleh setiap pelajar sambil dipantau oleh guru.

Langkah 1 : Mengukur kayu menggunakan alat pengukur.
            
Langkah 2 : Menanda lebar kayu yang akan dipotong, digerudi atau dibuat tanggam
                                    
           

Langkah 3 : Memotong kayu mengikut ukuran yang telah ditanda.



  • Membina dan mencantum bahagian projek - pelajar akan didedahkan tentang proses untuk mendapatkan pemasangan dan pembinaan yang paling sesuai. Pelajar membuat langkah seterusnya iaitu membina dan mencantumkan bahagian projek dengan menggunakan kaedah mengglu, memaku dan memasang skru dengan cermat dan kemas. Setelah siap, guru akan memeriksa, menguji sambungan dan pemasangan.

                         



  • Berikut adalah contoh aktiviti mencantumkan kayu menggunakan gam atau paku untuk membentuk projek.Kemasan yang paling sesuai – guru menerangkan bahan yang digunakan, kaedah dan tujuan kemasan ke atas projek dilakukan. Pelajar akan membuat kemasan seperti menyapu syelek, cat, lekar dan tona kayu.


Menguji dan menilai projek – pelajar akan melakukan proses pengujian dan penilaian projek untuk mendapatkan projek yang berkualiti. Tujuannya adalah untuk memastikan samada hasilnya dapat berfungsi dengan sempurna atau tidak. Sekiranya berlaku berlaku kesilapan, pengubahsuaian projek dilakukan untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti. Setelah semua aktiviti selesai, guru hendaklah menilai kerja projek yang dihasilkan oleh setiap pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Rekacipta - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore